google-site-verification: googleaf36d950cd3dff11.html

1 Malaysia

Semenjak dua menjak ni aku bace suratkabar asyik nak gaduh sane bakar sini je. Aku jadi risau. Dibuatnye betul2 jadi perang ha xke naye.. aku xnak mati kene tembak (fuh nauzubillah!!) Kalau sebelum ni aku tengok ok je pelbagai kaum bleh bersama dalam satu group. Tapi kenape skrg kurang ek?Aku ok je nk kawan dengan kaum mane pun..Semua same je. Dlu mase kat skolah pun macam2 kaum ade ok je skolah tu.Aku tengok dalam TV macam-macam iklan kerajaan buat untuk satukan kaum di Malaysia balik.. Bagus macamtu.Tu la aku pun sebagai rakyat Malaysia yang xla patriotik sangat teramatlah merayu pade korang2 nih.. Jom la kite berbaik2 n jangan la gaduh2 bangsa n agama. Xbest lansung la macam ni.. Please sangat2.. Ske ati la nak kate aku poyo or whatever..tapi tu la ikhlas from the bottom of my heart.Mungkin salah sorang dari korang akan jd perdana menteri satu hari nanti.. So akhlak tu jom la perbaiki sama2.. aku tersangatla menyokong kempen 1 Malaysia ni. Xmau gaduh2 ek. Mane yang dah lepas tu dah la. Jom la kita memohon maaf dan memaafkan. Kita mulakan 2010 dengan doa dan harapan agar semua kaum akan berbaik semula..jadi satu komuniti yang aman n mewujudkan Malaysia yang paling maju di alam dunia. Hidup Malaysia! 


Orang lahir bulan JUN (aku laa)

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif (sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

LELAKI YANG HEBAT

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Lelaki suke pink?



Ewww... ade ke?
Tapi mase aku skolah dulu memang ade bebudak jantan yang ske pakai pink
Derang kate tu tanda sayang kat makwe
Ish YaAllah.. betul ke mcmtu?
Ape pendapat korg plak?

SUNAT..





Wakaka! Ni ade hot news pasal lelaki nih! Isu hangat kali ini ialah SUNAT..kih2.. OK definisi sunat ni adalah memotong sedikit kulit kemaluan.dengan tujuan untuk menghindarkan dari penyakit dan menyucikan dari najis. Tapi sebagai lelaki, itu la saat2 getir dalam kehidupan. Maunye tak gentar.. tengok misai tok mudim lentik semacam tengah asah parang..Waa~seriau nyah oi~hahaha. Ada yang smpai terjun tingkap takutnyer.Actually tak la menyakitkan sangat. Skarang orang sunat kat klinik je pakai bius lagi.. 3 hari dh bleh main bola dh. Orang kata kalau xsunat xjantan lah beb..Hahaha!Hah korng dh sunat ke blm?

 
©2009 Hanya Untuk Lelaki | by TNB